Daily Topic : Kejatuhan Team HAQ

Chris5016
10
Apr 19

Amat menyedihkan sekali apabila melihat Team HAQ selaku juara MPLMY season lepas memberikan prestasi yang amat buruk sekali. Dahulunya berjaya mengalahkan Todak dengan skor 4 - 2 di Grand Final MPLMY S10 lalu melayakkan diri ke M4 World Championship. Dan sekarang Team HAQ selaku Juara ini memegang rekod iaitu tidak layak ke Playoff dengan kedudukan di tempat ke sembilan dengan dua kemenangan dan 7 kekalahan.

Apa penyebab kejatuhan Team HAQ ini? Adakah disebabkan pembawaan masuk Hito sebagai Gold Laner lalu menukarkan role Panda menjadi Roamer dan kita sendiri nampak Panda sangat tidak menyerlah dengan Role tersebut?

Apakah disebabkan berlakunya ketidaksepahaman sesama teammate sendiri? Atau setiap strategi dan taktik yang dibawa oleh Coach mereka iaitu Pabz telahpun dibaca oleh setiap team di MPLMY dengan mudah?

#DailyTopic#Esports#News
140 views
3
All comments (12)
No contentNothing here, please try again later.