RSG Slate MY menang tipis 2 - 1 menentang Team HAQ

Chris5016
10
Mar 12

Pada MPLMY Minggu pertama hari ketiga, match yang kedua berlangsung dengan pertembungan di antara RSG Slate MY menentang Team HAQ yang pada akhirnya kemenangan berpihak kepada RSG Slate MY dengan tipis sekali.

Kemunculan player import iaitu Chr1sphobia di gabungkan dengan pemain yang berpengalaman di MPLID iaitu Rippo sememangnya membuahkan hasil dimana mereka berjaya menumpaskan Team HAQ di match yang sememangnya tidak mudah bagi RSG Slate MY. Lebih - lebih lagi di game yang ketiga dimana turret RSG Slate MY semuanya hancur disebabkan split lane pressure oleh Team HAQ, namun berjaya mematahkan strategi tersebut apabila RSG Slate MY membuat perangkap untuk Jungler Team HAQ dan mendapatkan objektif besar iaitu Lord, seterusnya menghabiskan game tersebut dengan skor 2 - 1

Strategi late game RSG Slate MY sememangnya kukuh dan punca utama kemenangan mereka setakat ini. Dengan dibarisi beberapa pemain yang pernah menjadi juara MPLMY, adakah musim ini menjadi milik mereka sekali lagi? Mari kita saksikan bersama.

#Discussion#Esports#MPL MY S11
141 views
3
All comments (10)
No contentNothing here, please try again later.