THE LEGEND RETIRES 🥀

Apanz
8
Jan 11

Beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan berita yang agak besar dalam komuniti PUBG Mobile Malaysia iaitu ManParang mengumumkan persaraannya daripada arena kompetitif.


Serba sedikit berkenaan ManParang; nama sebenar beliau ialah Aiman Amirul Mohd Said dan beliau dilahirkan pada bulan November 1997. ManParang bermula karier e-sukannya dengan PUBG PC pada 2017 dengan pasukan Gank.FTY. Kemudian, beliau transfer ke PUBG Mobile pada 2018 dan pasukannya ditaja oleh Yoodo, maka disitulah pasukan PUBG Mobile negara yang telah tersemat dalam hati kita iaitu "Yoodo Gank" terlahir. Pada pertengahan 2021, Yoodo menghentikan tajaan terhadap Gank dan SEM9 pula yang menaja mereka sejak itu.


ManParang telah mengikuti pelbagai liga rasmi PUBG Mobile Esports sejak 2018 dan melayakkan diri dan pasukan beliau ke arena global seperti PMWL, PMWI & PMGC sehingga 2023 dan pernah memenangi PMNC MY 2019, Selangor Cyber Games 2019 dan PMPL SEA S1.

Berita persaraan beliau diumumkan oleh pihak WTM Today pada 4 Januari dan kemudiannya di page PUBGM Esports MY dan SEM9. ManParang akan terus bekerja di belakang tabir untuk SEM9.

Selamat bersara legend ✨🔥

(Gambar: SEM9 / PUBG Mobile Esports Malaysia)

#News#Esports
146 views
3
All comments (4)
No contentNothing here, please try again later.