Lunox bakal menjadi Top Mage atau Jungler lagi sekali?

Chris5016
10
Dec 24

Nak counter dengan Meta Jungler yang amat hangat sekarang iaitu Barats dan Balmond? Lunox salah satu menjadi solusinya.

Dengan Lunox Revamp passivenya yang dulu memerlukan 4 point maximum( dua ke order, dua ke chaos dan hanya memerlukan 1 point untuk mengunakan Ultimate Order atau Chaos), sekarang di kurangkan kepada 2 sahaja (1 point order dan 1 point chaos). Membuatkan pemain senang untuk menukar ke mana mana Ultimate terutama sekali apabila menggunakan Chaos semasa menyerang dan menukar ke Order untuk melarikan diri.

Dengan ratio 1 : 1 Spell Vamp - Magic Penetraion mengikut pertukaran passive Lunox, menjadikan hero ini lebih flexible untuk Mage ataupun Jungler. Dan yang lebih menarik adalah Lunox sekarang ini boleh menerima Cooldown Reduction, jadi dengan build yang tertera di bawah ini, bukan sahaja membagikan damage yang besar malah boleh mengurangkan Ultimate CD sehingga 12 saat (10 saat jika mempunyai Magic Potion). Ultimate Chaos juga tidak lagi mengunakan mana jika aktif dalam durasi Ultimate.

Ada user Lunox di sini? Apa kata anda dengan update terbaru ini? Kongsikan pendapat anda 🔥

205 views
22
All comments (45)
No contentNothing here, please try again later.