2024 FREE FIRE ESPORTS - EARLY LOOK 🏆👀

Apanz
8
Dec 16

Dengan berakhirnya FFWS 2023 tempoh hari; bermakna pasukan-pasukan, player, coach, dan staf-staf berkaitan akan bermula untuk melihat kehadapan untuk roadmap 2024!

Pihak Free Fire Esports Global belum lagi mengumumkan roadmap demikian, namun pihak Free Fire Esports Vietnam telah pun memuat naik post berkenaan perubahan arena e-sukan Free Fire rasmi di region Asia Tenggara:


Seperti yang kita lihat, perubahan terbesar bermula tahun hadapan adalah FFWS SEA akan diperkenalkan, dan akan mempamerkan 2 musim bagi 2024 iaitu musim bunga (Spring) dan musim luruh (Fall).


Grafik berikut menunjukkan pembahagian slot, tarikh serta prizepool untuk edisi Spring; iaitu bagi negara Indonesia, Thailand dan Vietnam akan menampilkan 5 wakil setiap negara (3 dijemput dan 2 dari kualifikasi) manakala Malaysia akan menampilkan 3 wakil (2 dijemput dan 1 dari kualifikasi) kepada sejumlah 18 pasukan. Ini juga mungkin bermakna liga-liga lokal (iaitu FFML di Indonesia, FFPL di Thailand, VFL di Vietnam dan MCPS Majors di Malaysia) mungkin dibubarkan dan akan berhijrah ke FFWS SEA Qualifier.

FFWS SEA Spring bakal bermula pada 22 Mac dan akan berlangsung sebanyak 6 minggu liga secara online dan 3 hari Grand Finals offline pada 24-26 Mei; serta jumlah prizepool sebanyak $300,000 USD!

Pengumuman amat menarik bagi peminat Free Fire dan e-sukannya! Maklumat lanjut bakal diumumkan 👀

RUJUKAN:
Huyền Thoại Sinh Tồn - Free Fire


#News#Esports
123 views
0
All comments (0)
No contentNothing here, please try again later.