Wild Card M5

DBladeGamerz
7
Nov 29

Wild Card M5

Sepanjang admin datang acara Wild Card ianya merupakan pengalaman yang sangat teruja dan mendebarkan. Ramai datang menyaksikan pasukan Malaysia Team SMG bertarung mendapatkan slot kedua Malaysia di M5, tidak kira peminat dari RSG, Todak, Flamebois (Homebois), juga pemain profesional dan KOL yang hadir

Ini merupakan semangat yang kita mahu dalam e-sukan di Malaysia, tidak kira peminat dari pasukan yang berbeza tetap berikan sokongan kepada 2 wakil Malaysia di M5

Banyak juga booth yang menarik seperti ROG, Hotlink, Homebois, Nescafe & Merch M5. Banyak acara menarik dengan banyak ganjaran menarik yang boleh didapati kepada pengunjung yang hadir di Wild Card. Memang sangat meriah terutama sekali semasa setiap perlawanan Team SMG (ramai hadir)

Tidak lupa juga kepada caster dan host yang sangat bertenaga menjadikan arena Wild Card lebih mengujakan. Dengan sorakan peminat dari perlawanan permulaan hingga akhir (boleh sampai pekak telinga weh😅😂). Jika lihat semua 8 pasukan sangat kuat (bagi China mungkin boleh baiki lagi memandangkan ini tournament MLBB pertama mereka, walaupun server mereka sekarang hanya di tahap ujian beta)

Harap jika boleh Moonton buat watchparty bagi peminat menonton Kejuaraan Dunia M5 untuk rakyat Malaysia berikan sokongan kepada Homebois & Team SMG di M5, dengan harapan pasukan Malaysia bawa pulang piala M5 dan skin juara Malaysia👍

Ps: Jika salah 1 pasukan Malaysia menang M5 inshaAllah min buat face reveal😅


#News#Esports#Feedback
146 views
1
All comments (1)
No contentNothing here, please try again later.