Siapa akan tersingkir? | PMGC 2023

SlideDog
10
Nov 21 · Moderator

Dengan Liga PMGC telah pun tamat, kita pun telah bersedia untuk ke Survival Stage. Survival Stage mempunyai 24 pasukan Dan hanya 16 pasukan sahaja yang akan mampu ke peringkat seterusnya (Last Chance Qualifier)

Dengan ini kita akan melihat pasukan manakah yang ada peluang lebih rendah untuk ke LCQ Dan kita akan mulakan dengan SEM9. SEM9 mempunyai hari pertama yang agak baik di Liga namun mereka tidak mampu kekal konsisten menyebabkan mereka hanya lepas ke survival stage diatas Pagar.

NASR dan Quest juga dilihat sama dengan SEM9 cuma terbalik, mereka mempunyai hari yang buruk pada awal Liga namun berjaya melakukan comeback pada hari terakhir macam IHC.

Pergaduhan dropspot diantara NGX Dan DX di peta Erangel juga akan menyebabkan mereka terlepas LCQ jika mereka tak nak melepaskan Ego mereka yang tinggi untuk merebut Pochinki.

FaZe Dan GG mungkin pasukan yang besar tetapi dengan Melihat permainan mereka di Liga yang selalu tidak menjadi, ia menjadi agak sukar untuk Melihat mereka ke peringkat seterusnya.

iNCO mungkin telah melakukan upset pada PMGC lepas apabila mereka ke GrandFinals PMGC, tetapi mampukah mereka mengulangi perkara tersebut?

Siapakah pasukan yang anda rasa tidak akan mara ke peringkat seterusnya?

#Discussion#News#Esports
83 views
8
All comments (6)
No contentNothing here, please try again later.