Into Survival Stage | PMGC 2023

SlideDog
10
Nov 19 · Moderator

Selepas 4 Hari bermain akhirnya LigabGroup Yellow telah tamat, terima kasih diucapkan kepada wakil Malaysia kita, SEM9 kerana telah berusaha sebaik mungkin untuk membawa diri mereka ke Survival Stage.

Tahniah juga diucapkan kepada Major Pride, 4Merical Vibes Dan Weibo Gaming kerana berjaya melayakkan diri terus ke GrandFinals PMGC yang akan berlangsung di Turkey pada December nanti.

Malang buat Bigetron Red Villains yang Tidak mampu untuk mengekalkan Top 3 pada match terakhir Dan akhirnya kalah Tiebreaker kepada WBG yang mempunyai 3 WWCD.

Vampire Esports juga dengan kegagalan mereka untuk mendapatkan WWCD di game terakhir menyebabkan perlawanan mereka tamat di PMGC 2023. Terima kasih untuk hiburan yang diberi, Juara PMWI Dua kali.

Yoodo Alliance Dan SEM9 akan memulakan perjalanan mereka di Survival Stage Dan seterusnya ke Last Chance Qualifier jika mereka mampu bertahan.

Mari kita beri sokongan kepada wakil Negara kita!

#Discussion#News#Esports
88 views
8
All comments (5)
No contentNothing here, please try again later.