Ramalan untuk MPLMY Minggu ke 6 Hari ke 1.

Chris5016
10
Sep 23

Match 1 : Team Secret vs MPXNSEA

Ini confirm match yang amat sengit memandangkan Team Secret harus menang match ini jika hendak ke Playoff. Tetapi MPXNSEA juga tidak akan memberikan kemenangan itu dengan mudah kerana ingin mendapatkan kedudukan selesa di Playoff nanti. Mampukah Matt dan Maxx membuat kejutan lagi sekali atau Mali Chan yang akan menghampakan mereka?

Skor : Team Secret 2 - MPXNSEA 1.

Match 2 : Selangor Red Giants vs Team SMG

Walaupun kedua - dua team ini telah layak ke Playoff namun match ini akan menjadi sengit kerana masing - masing ingin membuktikan yang manakah lebih hebat dan siapakah yang akan membuat Taunting. Adakah Gojes ataupun Sasa?

Skor : Selangor Red Giants 1 - Team SMG 2

Match 3 : Red Esports vs RSGMY

RSGMY telah mencapai target iaitu menjadi Top 1 dalam Group Stage dan amat mustahil untuk mereka mengakhiri match ini dengan kekalahan di tangan Red Esports, team yang dalam kedudukan amat berbahaya untuk terkeluar dari Group Stage ini. Mampukah Red Esports mendapatkan kemenangan dan keluar dari Red Zone atau harus menahan perit dengan kekalahan lagi sekali di tangan RSGMY?

Skor : Red Esports 0 - RSGMY 2.


187 views
2
All comments (4)
No contentNothing here, please try again later.