Apa yang menarik Week 3? | PMSL

SlideDog
10
Aug 14 · Moderator

Dengan grouping bertukar lagi di minggu ketiga, kita sudah mampu lihat pasukan mana lebih kuat berbanding dengan yang lain. Menjadikan balance dalam grouping terjejas.

Group A mempunyai RRQ yang konsisten pada Week 2 bersamakan The Infinity,Playbook Dan Team Secret yang Tidak sebenarnya terlalu perform. Infinity hanya Mid berdasarkan results mereka Dan PBE ada hari baik/buruk. Team Secret manakala...🗿

Group B menampilkan 2 pasukan yang hampir pasti lepas ke GrandFinals (BTR/AE) Dan Dua pasukan yang hampir Tidak lepas (Faze/DBD), DBD sebenarnya bermain dengan agak baik pada minggu lepas, tetapi FaZe clan Tidak terlalu konsisten.

Group C mempunyai pasukan yang permainannya agak baik, DXavier sedang berada di no 1 untuk bonus point manakala YALL perform pada minggu lepas. Genesis Esports sebenarnya juga seri untuk Tempat ke 16 Dan GeekFam mempunyai minggu yang tidak terlalu baik...

Group D takyah cakap lah memang straight up team firepower (kecuali Box Gaming)

Untuk group E sekali lagi kita menampilkan 3 pasukan Indonesia dengan satu pasukan Vietnam,kesemua pasukan Indonesia di group E sebenarnya mempunyai hari yang baik pada Week 2 manakala BN United ialah juara Week 1.



Dengan pengagihan pasukan seperti ini, nampak tak adil lah sebenarnya untuk Group A🗿 apa-apapun good luck untuk semua pasukan Malaysia Dan Cuba luluskan diri ke PMSL SEA GrandFinals yang akan diadakan di Sunway Velocity Mall~

#Discussion#News#Esports
83 views
4
All comments (6)
No contentNothing here, please try again later.