KEPENTINGAN Team Management

SlideDog
10
May 31 · Moderator

Rasanya bila post ni keluar semua orang dah tau pasal Team AE dikenakan hukuman ban serta merta kerana tidak mampu membayar gaji pemain mengikut kontrak yang ditetapkan.

Jadi Mari kita bahas tentang topik Team Management sementara benda Masih panas, so Mari mulakan dengan gaji.

Kebanyakan pemain yang baru jejak kaki ke gelanggang professional sebenarnya tidak dibayar banyak oleh itu ketepatan masa untuk membayar gaji harus diwajibkan.

Tidak semua pemain professional akan menjadikan streaming sebagai side income kecuali mereka yang memang streamer sebelum menjadi professional.



Kebajikan pemain juga penting dalam satu pasukan, manager pasukan seharusnya memastikan yang Tidak ada konflik berlaku ataupun selesaikan ia dengan cepat agar tiada tekanan diberikan dalam pasukan.

Tiada konflik=keselesaan pemain

Keselesaan pemain bermaksud keserasian pemain Dan kepercayaan antara satu sama lain, Dan itu sesuatu yang penting dalam kesemua pemainan esukan (PUBGM,MLBB,Valorant etc)

Tidak banyak yang saya boleh cakap tentang Team Management ( Team saya pun susah manage ehek) tapi kalau nak contoh pasukan yang ada management baik boleh tengok CRIT VIP.

Itu sahaja, terima kasih untuk baca karangan palatao saya🗿

#Discussion#News#Esports
153 views
4
All comments (4)
No contentNothing here, please try again later.