Format Baharu Untuk MPL MY S11

Frenzy Official
10
Feb 18

Dengan bertemakan RevoluXI, MPL Malaysia Musim Kesebelas kali ini akan menjanjian kelainan berbanding musim-musim sebelumnya. RevoluXI yang ingin dibawakan oleh pihak MPL Malaysia akan merangkumi beberapa aspek iaitu pasukan yang bertanding, format pertandingan dan juga tempat pertandingan.

Pada MPL Malaysia musim ini, kesemua sepuluh pasukan akan diletakkan dalam satu kumpulan sahaja di Regular Season berbanding musim-musim sebelum ini dimana 10 pasukan akan diletakkan dalam dua kumpulan. Format “Best of 3” masih lagi dikekalkan untuk Regular Season kali ini. Selain itu, Regular Season pada musim ini juga hanya mengambil masa enam minggu sahaja berbanding sebelum ini lapan minggu.

Untuk format kali ini dua pasukan tercorot akan tersingkir manakala pasukan yang berada di tempat kelima hingga kelapan akan bersaing di Play-in untuk merebut dua tempat di Quarter Finals Upper Bracket Playoffs MPL Malaysia Musim Kesebelas.

Untuk format di Playoffs pula, dua pasukan teratas di Regular Season akan menunggu di Semi Finals Upper Bracket dan pasukan yang berada di tempat ketiga dan keempat di Regular Season akan diletakkan di Quarter Final Upper Bracket dan lawan mereka adalah dua pasukan yang menang di Play-in.

PLAY-IN
Match 1: 5th vs 7th
Match 2: 6th vs 8th

UPPER BRACKET QUARTER FINALS
Match 3: 3rd vs Winner Match 1
Match 4: 4th vs Winner Match 2

UPPER BRACKET SEMI FINALS
Match 5: 1st vs Winner Match 3
Match 6: 2nd vs Winner Match 4

LOWER BRACKET SEMI FINAL
Match 7: Loser Match 5 vs Loser Match 6

UPPER BRACKET FINAL
Match 8: Winner Match 5 vs Winner Match 6

LOWER BRACKET FINAL
Match 9: Loser Match 8 vs Winner Match 7

GRAND FINAL
Match 10: Winner Match 8 vs Winner Match 9

Credit to Abang MLBB

-Mohd

136 views
1
All comments (3)
No contentNothing here, please try again later.