RSGMY menang 2 - 0 menentang Team Lunatix

Chris5016
10
Oct 13

Hari playoff yang di tunggu-tunggu telah pun tiba dan pembukaan match pertama untuk hari ini dimulakan dengan RSGMY menentang Team Lunatix dimana pada pengakhirannya RSGMY menang bersih dengan skor 2 - 0.

Lagi sekali RSGMY menunjukkan kualiti mainan yang cantik apatah lagi dengan draft mereka yang sememangnya akan menang melawan draft Team Lunatix. Walaupun game pertama Team Lunatix mendapatkan Faramis, namun begitu RSGMY mengcounter hero tersebut dengan mengunakan Claude + Pharsa. Dan game kedua pula Team Lunatix mendapatkan hero keselesaan mereka iaitu Fanny dan Khaleed, tapi tidak mencukupi untuk menandingi kehebatan pemain RSGMY. Mungkin sebab ketiadaan Jungler bagi Team Lunatix iaitu Eyymal menjadi salah satu punca mengapa Team Lunatix kurang menyerlah.

Tahniah bagi RSGMY kerana berjaya ke peringkat seterusnya dan mereka sekarang ini menunggu siapakah akan melawan mereka di antara Todak atau Homebois dalam lower bracket ini. Dan bagi Team Lunatix, kita ucapkan terima kasih atas perlawanan ini dan jumpa lagi di MPLMY season seterusnya.

Game 1



Game 2

#MPLMYS10
111 views
6
All comments (4)
No contentNothing here, please try again later.