Team Princess & Orange Esports layak automatik ke liga FFCS

Firas Aliyan
8
Jun 17 · Moderator

"Berakhir hari kelayakan peringkat pertama, Team Princess dan Orange Esports adalah dua pasukan Malaysia yang telah melayakkan diri ke peringkat liga.

Kelayakan yang diadakan secara atas talian menyediakan lapan slot bagi dua pasukan terbaik daripada empat buah negara (Malaysia, Filipina, Kemboja dan Sri Lanka).

Format yang dilihat setara kerana telah menyediakan slot khas bagi empat negara mungkin dapat menyajikan persaingan yang sihat. Di samping itu, tarikan penonton juga bagi melihat pasukan negara masing-masing berjuang.

18 pasukan akan berentap di peringkat liga yang di buka tirai pada 2-24 Julai 2022 secara langsung di Facebook/Youtube Garena Free Fire Malaysia."

#News#Esports
130 views
7
All comments (3)
No contentNothing here, please try again later.