bagaimana nak counter drafpick opponent jungler tank?

kerusi plastic9
5
Apr 12

Ini idea aku dapat lepas tengok balik kenapa pro player sampai sekarang masih tak boleh counter drafpick opponent yang ada jungler tank .

Jadi solusinya apa?

Midlaner tank.

Midlaner paling bagus dipegang oleh hero yang macam mana untuk counter jungler tank?

Kalau secara peribadi aku lagi suka hero type frontliner keras yang pegang mid.

Kenapa?

Sebab kawasan itu paling senang dirusuh kiri kanan bush.

Lagi satu bagi aku bila exp laner jadi user midlane mereka lagi senang open war atau open kawasan di turtle.

Rotasi mereka juga tidak perlu jauh nak ke kiri atau ke kanan lane sebab mereka berada di midlane.

Mereka juga kadang kala tak perlu beli kasut jimatkan banyak duit boleh terus beli item defense, tak perlu ambil minions sangat ,sebab terlalu dekat jarak dengan turtle dan mereka boleh bergerak dalam kumpulan.

Mereka lagi senang bergerak untuk rusuh buff biru opponent.

Kenapa kau tak suka mage sebagai midlaner?

Aku bukan tak suka!

Tapi dengan sekarang masih ramai user tank sebagai jungler jadi kalau nak main rusuh atau main secara hardcore untuk terus war pada level 1 aku rasa midlane tank adalah paling funtion.

Mereka kadang kala tak perlukan level 4 contoh aku bagi hero macam Belerick pada level 1 dah boleh start war dengan pasif dan spell revenge.

Ramai player masih tercari cari jawapan untuk selesaikan isu macam mana nak counter drafpick yang ada tank jungler?

Sampai Moonton buat banyak item baru dan adjust item jungler.

Aku sekarang sebenarnya masih tertunggu tunggu siapa yang akan buat idea aku ini.

Aku harap akan ada player lama terfikirkan idea ini contohnya dari Filipino atau Indonesia tapi sampai sekarang,aku rasa mereka takut nak cuba idea aku ini.

Atau mereka memang tak pernah terfikirkan benda macam ini?

Atau mereka ini hanya pandai main ranked sahaja?

Tak pernah cuba eksperimen baru?

Atau mereka sebenarnya takut nak try takut gagal atau bagaimana?

Midlaner type fighter atau tank untuk main secara rusuh sebagai midlaner dan conquer terus buff enemies seawal level 1.

Macam mana kau boleh terfikirkan idea ini?

Ini solusi kalau opponent main jungler tank sebenarnya.

Mage akan main di exp dan exp user akan main di midlane.

Solusinya bagaimana?

Cari karakter hero yang keras dari seawal level 1 ,bagi dia pegang midlane terus bukan sebagai roamer atau exp tapi sebagai punching bag dan damage taken utama team.

Aku tak faham kenapa pro player even kat Indo sendiri aku tengok dok fikirkan solusi kononnya minions kena bagi kat tank untuk level 4 kononnya?

Untuk setup turtle lah untuk ambil little wonderer lah.

Kenapa mereka tak fikir solusi yang lagi ringkas?

Contohnya pakai midlaner tank terus dan exp bagi kat mage.

Roamer mungkin boleh bagi kat support.

Swap lane terus?

Itu sahaja cara kalau nak hidupkan balik assassin jungler atau nak counter jungler tank yang belum boleh dicounter setakat ini.

98 views
7
All comments (0)
No contentNothing here, please try again later.